BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tips Pelajar Cemerlang

Oleh kerana saya masih belajar dan menjadi pelajar sekolah yg inginkan kecemerlangan dlm peperiksaan, Kali ini saya ingin kongsi bersama tips yang boleh meningkatkan kita jadi cemerlang dan mungkin lebih pintar dari cikgu-cikgu disekolah. hehehe....

1. Belajar secara aktif dengan pen / pensil di tangan.


2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

  • a. pastikan cahaya adalah terang
  • b. kurangkan gangguan bunyi
  • c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • e. kerusi dan meja menghadap kiblat
  • f. jangan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari kawan

5. Ulangkaji dengan menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori
  • a. memasukkan maklumat dalam memoro (registration)
  • b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • c. mengingat kembali (recall)
  • d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7. Sentiasa awal dan mendahului

  • a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
  • b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
  • c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sedia awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
  • a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • b. memberikan tumpuan sepenuhnya
  • c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20minit ketika mengulangkaji.

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock )

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulangkaji secara persendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran yang terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulangkaji pelajaran secara berulang-ulang kali..

21. Mengulangkaji apabila mulai terlupa.

Banyak lagi tips belajar cemerlang... yang ni kira sedikit jak la... Harap kawan2 dapat manfaat bersama. (Info ni dpt dari mydad)

AL-FATIHAH :: Perginya Tok Tam Tersayang kami

Assalamualaikum,


Wawa ambil kesempatan ini untuk kemas kini entri dalam blog wawa walaupun kini teramat sedih keluarga kami semua atas perginya Tok Tam tanpa kembali lagi kesisi kami.

Imbas kembali... Pada jumaat 5/6/2009 kami sekeluarga ziarah semula Tok Tam di wad ICU Labuan. Ketika itu tergambar wajah ceria Tok Tam ketika menyambut kami dalam keadaan terlantar di katil wad, walau Tok Tom masa tu masih berselirat tubuhny
a dengan gelung tiub dan mesin2 yg wawa tak reti apa fungsinya. Tok Tam cuba berkomunikasi dgn kami tapi tiada suara terkeluar hanya gerak bibirnya saja menunjukkan isyarat yg hendak disampaikan. Tangannya pun bergerak2 menyapa kami. Dia gembira kerana dapat berjumpa dgn atok wawa Hj.Wan Ahmad yg selama ini tak berkesempatan ziarah Tok Tom di wad Labuan. Sedih sangat lihat Tok Tam ketika itu. kerana lihat wajahnya teramat gemibira dgn kedatangan kami sekeluarga.

Memang ada perubahan dari koma hingga Tok Tam sedar dan boleh mengerakkan tangannya. Itulah yg membuatkan kami rasa gembira bercampur sedih. Bila hari ahad tu kami berangkat kembali ke Kota Kinabalu, sempat jumpa Tok Tam ucap selamat tinggal. Tak sangka itulah hari terakhir kami
bersamanya. Pada masa tu kami tak ada perasaan langsung akan berpisah selamanya kerana kami cadang nak lawat lagi dua minggu kemudian. Doktor telah mengarahkan agar Tok Tam dipindahkan ke wad biasa kerana pergerakkan jantung dan darahnya sudah setabil. Kami amat gembira bila mendengar berita itu dari sms dihantar oleh Wan Tam (isteri Tok Tam).

Tapiiiii..... belum pun kami sehari balik di KK, kami dikejutkan berita pada jam 3 petang isnin 8/6/2009 kelmarin mengatakan Tok Tam dikhabarkan dalam keadaan kritikal. kami semua naik panik. tak tahu macam mana nak dtg kesana kerana keluarga masing2 dah sibuk dengan kerja. saya dah berlinangan airmata tak tertahan, dan wawa hanya mampu berdoa dgn ALLAH agar Tok Tam sihat semula. Kalau pun ALLAH mengambilnya, kami semua sudah reda . Ini disebabkan dah tak sanggup lagi melihat penderitaannya.

Saat yang genting itu kami nantikan dgn sabar sahaja bersama keluarga wan su. Tiba-tiba jam 4.08 ptg kami dihubungi keluarga di Labuan, Tok Tam tidak bernafas lagi, dia dah pergi selama-lamanya. Ya...ALLAH.. wawa bagai nak pengsan mendengarnya..

Kami bersiap sekeluarga. Nenek wawa dpt flight malam bersama atok dan makcik wawa. Tapi wawa pergi waktu subuh bersama Wan Su (adik Tok Tam). Kami gunakan jalan darat dan naik bot laju dari Pekan Menumbok.. Mydad & mymom pergi waktu pagi naik feri kerana mymom sarat mengandung. Apapun terpaksa pergi juga. Awal jenazah Tok Tam di mandikan dan di sembahyangkan. Setahu wawa dah semalam mereka mandi dan sembahyangkan cuma disembahyangkan sekali lagi waktu pagi. Jam 9pagi Jenazah dibawa sudah ke tanah perkuburan. Kami sempat mengiringi jenazah Tok Tam ke perkuburan. Ramai sangat yang datang ziarah jenazah Tok Tom. dari rakan sekerja, sahabat handai, keluarga dan saudara mara mengambil kesempatan buat kali terakhir mengiringi jenazah Tok Tam ke persemadiannya.

Sayangnya... Mydad & mymom dan ramai lagi yg tak sempat melihat Tok Tam disemadikan kerana perjalanan yg jauh.


Ketika wawa menulis entri ni mungkin arwah Tok Tom telah selesai menemui malaikat2 yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas masing2. Semoga ALLAH memberikan rahmat dan hidayah ke atas roh Tok Tam kami (Hj. Zakaria bin Hj.Idris) serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aminnnnnnnnnnn............