BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tok Tam dan satay

Hari ini dah seminggu Tok Tam wawa tak sedarkan diri (koma) di wad ICU Labuan. Perubahan keadaannya cuma ada sedikit pergerakkan tangan dan tidak lagi menggunakan bantuan pernafasan oksigen. Mungkin kawan2/kakak2 juga dlm blog wawa turut mendoakan tok tam cepat sembuh.. Harap ada keajaiban yang ALLAH berikan lagi kepada Tok Tam. Kami sayang sangat Tok Tam. Cepatlah sembuh Tok Tam.. kalau Tok Tam dah sembuh kita gi jalan2 lagi ya macam dulu2 masa tok tam sihat. Sebulan sebelum tok tam koma, dia ada meminta pada mama sekiranya mama melahirkan baby boy.. tok tam minta belanja satay 100 cucuk.. 
(sambil tok tam senyum2.. mungkin juga tok tam bergurau dan masa tu saya lihat atok memicit2 kepalanya dan mengadu sakit kepala) Oh!!.. tok tam... sekarang ni pun kami boleh beri satay tu, berapa ratus cucuk pun tak kisah.. asal tok tam cepat sembuh..
Ya.. ALLAH sembuhkanlah sakit Tok Tam ku dengan segera.. Panjangkanlah umurnya.. sihatkanlah tubuh badannya.. jauhkanlah kami semua dari musibah.. Aminnnn.......

Doa buat Atok Tam


Asalamualaikum.. Wawa rasa sedih hari ini kerana dah 2 hari Tok Tam (Hj.Zakaria) adik kepada nenek wawa sedang sakit kuat/tenat di Hospital Labuan. Tok Tam hidap barah hidung dan kini telah merebak ke otak. Sekarang ini Tok Tam dalam wad ICU dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan serta koma tak sedarkan diri. kami sekeluarga amat sedih atas apa yang sedang dialami oleh Tok Tam. Semoga AlLLAH memberikan rahmat dan hidayah kepada Tok Tam yang dikasihi. Sepanjang hayat Tok Tam dia sentiasa riang dan sering bawa kami melancong keserata tempat di Sabah ini. Gambar di atas,Tok Tam bersama isterinya Wan Tam (Hajjah Fauziah) yang sangat tabah dan sentiasa sabar menghadapi ujian ALLAH terhadap suaminya. Harap semua kawan2 yang membaca entri wawa ni mendoakan kesejahteraan dan dapat mengembalikan semula kesihatan yang baik kepada Tok Tam. Semuanya ketentuan ALLAH SWT yang Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin...


Aku ada dimana-mana sahaja

~ ini kawan pacikku lukis kat dinding grafiti ~


~ Foto yang ni aku kat majalah Glamour ~


Ini pulak masa aku jadi iklan kat bandar


~ Tokeh kedai ini pulak paksa aku jadi model
kedainya.. pasal model lama dah lari.. ~


~ Iklan ini pulak masa jadi duta remaja 'contoh' ~


~ Foto ini pulak masa tokeh kedai suruh aku
bagi promosi kedainya jual 'petai wangi' ~

~ Foto ni lain sikit.. dah aku terkenal dah
iklan sana-sini jadi pihak muzium
abadikan foto aku yg cute ni.. ~

emm.. yang ni aku lupa kat mana.. tapi semuanya
foto ini adalah auta semata-mata.. perasaan
aku je jadi model iklan.. walhal sebenarnya
anda boleh dapatkan foto2 ini dalam
www.photofunia.com

kentut??

hai...aku kembali dengan kentut...!eh!!erk..aku kembali dengan cerita pasal kentut...haa..baru la btoll..

  1. Orang TIDAK JUJUR > Orang yang kalau kentut suka menyalahkan orang lain.
  2. Orang GOBLOK > Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
  3. Orang BERWAWASAN LUAS > Orang yang tahu bila harus kentut.
  4. Orang SENGSARA > Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
  5. Orang MISTERI > Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
  6. Orang GUGUP > Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
  7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI > Orang yang selalu bermegah kalau kentutnya bau harum.
  8. Orang SADIS > Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
  9. Orang PEMALU > Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi rasa malu sendiri.
  10. Orang yang STRATEGIK > Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
  11. Orang BODOH > Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
  12. Orang PELIK > Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit"
  13. Orang SOMBONG > Orang yang sering mencium kentutnya sendiri
  14. Orang RAMAH > Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.
  15. Orang yang tidak senang BERGAUL > Orang yang kalau kentut terus sembunyi.
  16. Orang AKUATIK > Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk" ( agak je la bunyi camnie... )
  17. Orang ATLETIK > Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
  18. Orang JUJUR > Orang yang mengaku kalau habis kentut
  19. Orang PINTAR > Orang yang boleh mengesan bau kentut orang lain.

ku mahu kau tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
peritku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

-hujan-

Norkiah hilang berganti Eric


Hari tu wawa sedih sgt hilang hp.. dan diam je atas kejadian tu..
akan tapi !!!!!....
Syukur Alhamdulillah... mydad simpati juga pada wawa atas
kehilangan/kecurian hp nokia 6230. Yahuuuuu..!!!!! aku dah
dapat sony ericsson W302 pada 8/5/09 petang jumaat yang mulia.
hehehe.. hua.. hua.. hua... ngeh3... tq mydad. wawa jaga baek2..

Kisah handphone wawa hilang

ENTRI wawa kali ini agak sedih dan teramat sedih sebabnya handpon nokia 6230 kesayanganku telah dicuri semalam oleh 'pencuri' yang tinggal serumah dengan wawa. Dia pacik wawa yang yang tak pernah berubah perangai. Adik kpd mymom yg dari form 3 da mula amek dadah. dan gara2 nak ambik dadah sanggup curi hp anak saudara sendiri. dah tu dilelongnya dgn harga RM20 je kat pengedar dadah.
Wawa sebenarnya malas nak buka keburukkan perangai pacik wawa ni.. tapi tak tahan da dibuat gini. kadang rasa nak lari je dari rumah nenek ni.
Mydad masukkan dia kat wad spital 'Mental'.. sebabnya dia ada rekod mental dah kat sana. Mydad pun ini kali malas nak kecoh dan secara psikologi pujuk dia masuk wad semula walau dah buat jenayah curi handpon wawa. kalau nak ikut hati mydad dah sumbat kat penjara da.. tapi ini last warning kata mydad dan tiada maaf lagi baginya untuk terakhir kali.. Kini...yang hampeh nye wawa.. dah takde da hp yg nak dipicit keypadnye.. nak minta ganti sama sapa ni? insuran hp pun takde.. itulah satu2nye hp pemberian mymom..

Mabuk Cola?


Wakakaka!!!!.... huhu....
Inilah posing adik sepupu Edrynna
namanya Qareena.
Nakal sangat dia ni.
Pantang nampak ape je botol depan mata
akan buat aksi spt foto kat atas ni..
Ini kali botol coca-cola jadi mangsanyer.
Macam orang mabuk todi lah plak.
Apapon kadang rindu juge padanya
kalau ia tak datang rumah...
foto ni diambil candid oleh 'Pak Mork'.....

Koleksi lesung batu 'Nek Lip'








Tetiba je aku terpandang lesung2 batu ni disudut almari koleksi nenek sedara mak aku (panggilan 'nek lip') ... dan tetiba je aku capai handpon terus snap satu persatu. apa lagi cam best juge nak buat tatapan dlm blog aku ni kali. bukan aper pasal nenek sedara aku ni cina muslim.. dia ni rajin masak dan macam2 menu masakan melayu + cina selalu dihidang nye.. hehehe sedap2 nyum..nyum.. emmmm... tapi kadang mydad je selalu datang kat rumah nenek sambil nikmati meehun goreng ala cina. aku ni ikut mood kalau nak datang umah nek lip.

Oh ye. tentang lesung, macam2 cerita lesung ni.. ada yang dah hampir 100 tahun dan ada juge yang dibeli dari tempat yang jauh. Lesung2 ni macam sama je dgn ape yg ada pada orang lain cuma beza pattern je dan nilai sejarahnye tersendiri. Berapa banyak lesung batu kat rumah korang? hehehe...

'Si Gebu' yang ghaib


KUCING... KUCING.... KUCING.... (takde citer lain ker?)

KUCING kat atas ni ada citer disebalik renungannya. Kucing ni kepunyaan pacik saudara mymom. kira aku panggil atok.. 'atok lip' gelaran antara famili. Selalu gi rumah atok lip ni Ed dapat bermain main dgn kucing tu. Manja sangat dia dgn Ed. selalu menyondol kepalanya kat badan Ed. dorang spt dah malas nak pelihara oleh kerana kesibukan keluarga atok lip. Lupa da nama kucing ni. panggil jelah 'si gebu' Satu hari atok lip berhasrat nak bagi pada kami. Amatlah happy mendengar 'si gebu' ni nak jadi keluarga angkat Ed. Dah suruh mydad ambik kat rumah atok lip tapi mydad asyik sibuk keje dan sering terlupa.

Pendek cerita.. lebih kurang 4 hari kemudian.. Mydad pegi sana nak ambik.. punyalah hampa kerana si gebu hilang tak balik rumah. Biasanya dia ke rumah jiran sebelah je.. pastu adalah dia balik mengiaw.. nak makan ...miaw! miaw! dah carik keliling rumah, jiran2, cuma lum gi repot polis je.. alahaiiii hampanya kami.. hampir nak guna khidmat bomoh atau pawang. dah nasib.. takde rezekilah dgn si gebu ni. Mungkin kerana kegebuannya serta kemanjaannya tue.. maka adalah sipeminat @ perompak cekup. Ed harap 'Si Gebu' bahagia disamping keluarga baru. Walau hatinya tak rela namun dia kena menyesuaikan diri demi kehidupan dan masa depannya. huah!..huah!..huah!.. kenangan bersamanya tak dapat dilupakan.. sekian

Award from My Haengbok


1st May 2009, Edrynna nak ucapkan "Selamat Hari Pekerja" walaupun Ed tak keje tapi kira tolong mymom basuh piring tu kira pekerja juga tu kan.. hehehe.... Kepada mydad & mymom yg kat rumah tu selamat istirehat dan jangan risau saya di rumah wan sue (nenek akulah) sebabnyer saya nak mandi laut. tp tengok keadaan air laut kalau pasang dalam baru bes mandi..

Ed sebenarnya nak ucap timakaci dan ceta ckit pasal Ed dapat 'Award Followers' dari
Kak Fiza (http://myhaengbok.blogspot.com) yang baru je semalam Ed jenguk blognya dah dapat award. bes tul Kak Fiza ni.. Baek hati dan pemurah. hehehe... apa pun award Kak Fiza jadi entri pertama blog saya pada awal Mei ni. Thanx bebanyak... aku suka kawan dan jadi adek angkat korang pasal korang yang friendly dan baek punyer blogger.byeeee.... jumpe lagi dalam entri lain.