BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Adeq ..... !

hye !! i'm back ..! nie ada new story ... aku dah dpt new bro ..! yeeea ....
nama bro aku Alif Firdaus ..birthday dia jauh skit dari aku .. aku ,29.06.96 .. alif ,01.07.09 .. ni pix alif ..







cute kan ??!

Tips Pelajar Cemerlang

Oleh kerana saya masih belajar dan menjadi pelajar sekolah yg inginkan kecemerlangan dlm peperiksaan, Kali ini saya ingin kongsi bersama tips yang boleh meningkatkan kita jadi cemerlang dan mungkin lebih pintar dari cikgu-cikgu disekolah. hehehe....

1. Belajar secara aktif dengan pen / pensil di tangan.


2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

  • a. pastikan cahaya adalah terang
  • b. kurangkan gangguan bunyi
  • c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • e. kerusi dan meja menghadap kiblat
  • f. jangan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari kawan

5. Ulangkaji dengan menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori
  • a. memasukkan maklumat dalam memoro (registration)
  • b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • c. mengingat kembali (recall)
  • d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7. Sentiasa awal dan mendahului

  • a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
  • b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
  • c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sedia awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau dua kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
  • a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • b. memberikan tumpuan sepenuhnya
  • c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20minit ketika mengulangkaji.

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological clock )

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulangkaji secara persendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran yang terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulangkaji pelajaran secara berulang-ulang kali..

21. Mengulangkaji apabila mulai terlupa.

Banyak lagi tips belajar cemerlang... yang ni kira sedikit jak la... Harap kawan2 dapat manfaat bersama. (Info ni dpt dari mydad)

AL-FATIHAH :: Perginya Tok Tam Tersayang kami

Assalamualaikum,


Wawa ambil kesempatan ini untuk kemas kini entri dalam blog wawa walaupun kini teramat sedih keluarga kami semua atas perginya Tok Tam tanpa kembali lagi kesisi kami.

Imbas kembali... Pada jumaat 5/6/2009 kami sekeluarga ziarah semula Tok Tam di wad ICU Labuan. Ketika itu tergambar wajah ceria Tok Tam ketika menyambut kami dalam keadaan terlantar di katil wad, walau Tok Tom masa tu masih berselirat tubuhny
a dengan gelung tiub dan mesin2 yg wawa tak reti apa fungsinya. Tok Tam cuba berkomunikasi dgn kami tapi tiada suara terkeluar hanya gerak bibirnya saja menunjukkan isyarat yg hendak disampaikan. Tangannya pun bergerak2 menyapa kami. Dia gembira kerana dapat berjumpa dgn atok wawa Hj.Wan Ahmad yg selama ini tak berkesempatan ziarah Tok Tom di wad Labuan. Sedih sangat lihat Tok Tam ketika itu. kerana lihat wajahnya teramat gemibira dgn kedatangan kami sekeluarga.

Memang ada perubahan dari koma hingga Tok Tam sedar dan boleh mengerakkan tangannya. Itulah yg membuatkan kami rasa gembira bercampur sedih. Bila hari ahad tu kami berangkat kembali ke Kota Kinabalu, sempat jumpa Tok Tam ucap selamat tinggal. Tak sangka itulah hari terakhir kami
bersamanya. Pada masa tu kami tak ada perasaan langsung akan berpisah selamanya kerana kami cadang nak lawat lagi dua minggu kemudian. Doktor telah mengarahkan agar Tok Tam dipindahkan ke wad biasa kerana pergerakkan jantung dan darahnya sudah setabil. Kami amat gembira bila mendengar berita itu dari sms dihantar oleh Wan Tam (isteri Tok Tam).

Tapiiiii..... belum pun kami sehari balik di KK, kami dikejutkan berita pada jam 3 petang isnin 8/6/2009 kelmarin mengatakan Tok Tam dikhabarkan dalam keadaan kritikal. kami semua naik panik. tak tahu macam mana nak dtg kesana kerana keluarga masing2 dah sibuk dengan kerja. saya dah berlinangan airmata tak tertahan, dan wawa hanya mampu berdoa dgn ALLAH agar Tok Tam sihat semula. Kalau pun ALLAH mengambilnya, kami semua sudah reda . Ini disebabkan dah tak sanggup lagi melihat penderitaannya.

Saat yang genting itu kami nantikan dgn sabar sahaja bersama keluarga wan su. Tiba-tiba jam 4.08 ptg kami dihubungi keluarga di Labuan, Tok Tam tidak bernafas lagi, dia dah pergi selama-lamanya. Ya...ALLAH.. wawa bagai nak pengsan mendengarnya..

Kami bersiap sekeluarga. Nenek wawa dpt flight malam bersama atok dan makcik wawa. Tapi wawa pergi waktu subuh bersama Wan Su (adik Tok Tam). Kami gunakan jalan darat dan naik bot laju dari Pekan Menumbok.. Mydad & mymom pergi waktu pagi naik feri kerana mymom sarat mengandung. Apapun terpaksa pergi juga. Awal jenazah Tok Tam di mandikan dan di sembahyangkan. Setahu wawa dah semalam mereka mandi dan sembahyangkan cuma disembahyangkan sekali lagi waktu pagi. Jam 9pagi Jenazah dibawa sudah ke tanah perkuburan. Kami sempat mengiringi jenazah Tok Tam ke perkuburan. Ramai sangat yang datang ziarah jenazah Tok Tom. dari rakan sekerja, sahabat handai, keluarga dan saudara mara mengambil kesempatan buat kali terakhir mengiringi jenazah Tok Tam ke persemadiannya.

Sayangnya... Mydad & mymom dan ramai lagi yg tak sempat melihat Tok Tam disemadikan kerana perjalanan yg jauh.


Ketika wawa menulis entri ni mungkin arwah Tok Tom telah selesai menemui malaikat2 yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas masing2. Semoga ALLAH memberikan rahmat dan hidayah ke atas roh Tok Tam kami (Hj. Zakaria bin Hj.Idris) serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Aminnnnnnnnnnn............



Tok Tam dan satay

Hari ini dah seminggu Tok Tam wawa tak sedarkan diri (koma) di wad ICU Labuan. Perubahan keadaannya cuma ada sedikit pergerakkan tangan dan tidak lagi menggunakan bantuan pernafasan oksigen. Mungkin kawan2/kakak2 juga dlm blog wawa turut mendoakan tok tam cepat sembuh.. Harap ada keajaiban yang ALLAH berikan lagi kepada Tok Tam. Kami sayang sangat Tok Tam. Cepatlah sembuh Tok Tam.. kalau Tok Tam dah sembuh kita gi jalan2 lagi ya macam dulu2 masa tok tam sihat. Sebulan sebelum tok tam koma, dia ada meminta pada mama sekiranya mama melahirkan baby boy.. tok tam minta belanja satay 100 cucuk.. 
(sambil tok tam senyum2.. mungkin juga tok tam bergurau dan masa tu saya lihat atok memicit2 kepalanya dan mengadu sakit kepala) Oh!!.. tok tam... sekarang ni pun kami boleh beri satay tu, berapa ratus cucuk pun tak kisah.. asal tok tam cepat sembuh..
Ya.. ALLAH sembuhkanlah sakit Tok Tam ku dengan segera.. Panjangkanlah umurnya.. sihatkanlah tubuh badannya.. jauhkanlah kami semua dari musibah.. Aminnnn.......

Doa buat Atok Tam


Asalamualaikum.. Wawa rasa sedih hari ini kerana dah 2 hari Tok Tam (Hj.Zakaria) adik kepada nenek wawa sedang sakit kuat/tenat di Hospital Labuan. Tok Tam hidap barah hidung dan kini telah merebak ke otak. Sekarang ini Tok Tam dalam wad ICU dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan serta koma tak sedarkan diri. kami sekeluarga amat sedih atas apa yang sedang dialami oleh Tok Tam. Semoga AlLLAH memberikan rahmat dan hidayah kepada Tok Tam yang dikasihi. Sepanjang hayat Tok Tam dia sentiasa riang dan sering bawa kami melancong keserata tempat di Sabah ini. Gambar di atas,Tok Tam bersama isterinya Wan Tam (Hajjah Fauziah) yang sangat tabah dan sentiasa sabar menghadapi ujian ALLAH terhadap suaminya. Harap semua kawan2 yang membaca entri wawa ni mendoakan kesejahteraan dan dapat mengembalikan semula kesihatan yang baik kepada Tok Tam. Semuanya ketentuan ALLAH SWT yang Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin...


Aku ada dimana-mana sahaja

~ ini kawan pacikku lukis kat dinding grafiti ~


~ Foto yang ni aku kat majalah Glamour ~


Ini pulak masa aku jadi iklan kat bandar


~ Tokeh kedai ini pulak paksa aku jadi model
kedainya.. pasal model lama dah lari.. ~


~ Iklan ini pulak masa jadi duta remaja 'contoh' ~


~ Foto ini pulak masa tokeh kedai suruh aku
bagi promosi kedainya jual 'petai wangi' ~

~ Foto ni lain sikit.. dah aku terkenal dah
iklan sana-sini jadi pihak muzium
abadikan foto aku yg cute ni.. ~

emm.. yang ni aku lupa kat mana.. tapi semuanya
foto ini adalah auta semata-mata.. perasaan
aku je jadi model iklan.. walhal sebenarnya
anda boleh dapatkan foto2 ini dalam
www.photofunia.com

kentut??

hai...aku kembali dengan kentut...!eh!!erk..aku kembali dengan cerita pasal kentut...haa..baru la btoll..

  1. Orang TIDAK JUJUR > Orang yang kalau kentut suka menyalahkan orang lain.
  2. Orang GOBLOK > Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
  3. Orang BERWAWASAN LUAS > Orang yang tahu bila harus kentut.
  4. Orang SENGSARA > Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
  5. Orang MISTERI > Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
  6. Orang GUGUP > Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
  7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI > Orang yang selalu bermegah kalau kentutnya bau harum.
  8. Orang SADIS > Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
  9. Orang PEMALU > Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi rasa malu sendiri.
  10. Orang yang STRATEGIK > Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
  11. Orang BODOH > Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
  12. Orang PELIK > Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit"
  13. Orang SOMBONG > Orang yang sering mencium kentutnya sendiri
  14. Orang RAMAH > Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.
  15. Orang yang tidak senang BERGAUL > Orang yang kalau kentut terus sembunyi.
  16. Orang AKUATIK > Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk" ( agak je la bunyi camnie... )
  17. Orang ATLETIK > Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
  18. Orang JUJUR > Orang yang mengaku kalau habis kentut
  19. Orang PINTAR > Orang yang boleh mengesan bau kentut orang lain.

ku mahu kau tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
peritku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

-hujan-

Norkiah hilang berganti Eric


Hari tu wawa sedih sgt hilang hp.. dan diam je atas kejadian tu..
akan tapi !!!!!....
Syukur Alhamdulillah... mydad simpati juga pada wawa atas
kehilangan/kecurian hp nokia 6230. Yahuuuuu..!!!!! aku dah
dapat sony ericsson W302 pada 8/5/09 petang jumaat yang mulia.
hehehe.. hua.. hua.. hua... ngeh3... tq mydad. wawa jaga baek2..

Kisah handphone wawa hilang

ENTRI wawa kali ini agak sedih dan teramat sedih sebabnya handpon nokia 6230 kesayanganku telah dicuri semalam oleh 'pencuri' yang tinggal serumah dengan wawa. Dia pacik wawa yang yang tak pernah berubah perangai. Adik kpd mymom yg dari form 3 da mula amek dadah. dan gara2 nak ambik dadah sanggup curi hp anak saudara sendiri. dah tu dilelongnya dgn harga RM20 je kat pengedar dadah.
Wawa sebenarnya malas nak buka keburukkan perangai pacik wawa ni.. tapi tak tahan da dibuat gini. kadang rasa nak lari je dari rumah nenek ni.
Mydad masukkan dia kat wad spital 'Mental'.. sebabnya dia ada rekod mental dah kat sana. Mydad pun ini kali malas nak kecoh dan secara psikologi pujuk dia masuk wad semula walau dah buat jenayah curi handpon wawa. kalau nak ikut hati mydad dah sumbat kat penjara da.. tapi ini last warning kata mydad dan tiada maaf lagi baginya untuk terakhir kali.. Kini...yang hampeh nye wawa.. dah takde da hp yg nak dipicit keypadnye.. nak minta ganti sama sapa ni? insuran hp pun takde.. itulah satu2nye hp pemberian mymom..

Mabuk Cola?


Wakakaka!!!!.... huhu....
Inilah posing adik sepupu Edrynna
namanya Qareena.
Nakal sangat dia ni.
Pantang nampak ape je botol depan mata
akan buat aksi spt foto kat atas ni..
Ini kali botol coca-cola jadi mangsanyer.
Macam orang mabuk todi lah plak.
Apapon kadang rindu juge padanya
kalau ia tak datang rumah...
foto ni diambil candid oleh 'Pak Mork'.....

Koleksi lesung batu 'Nek Lip'








Tetiba je aku terpandang lesung2 batu ni disudut almari koleksi nenek sedara mak aku (panggilan 'nek lip') ... dan tetiba je aku capai handpon terus snap satu persatu. apa lagi cam best juge nak buat tatapan dlm blog aku ni kali. bukan aper pasal nenek sedara aku ni cina muslim.. dia ni rajin masak dan macam2 menu masakan melayu + cina selalu dihidang nye.. hehehe sedap2 nyum..nyum.. emmmm... tapi kadang mydad je selalu datang kat rumah nenek sambil nikmati meehun goreng ala cina. aku ni ikut mood kalau nak datang umah nek lip.

Oh ye. tentang lesung, macam2 cerita lesung ni.. ada yang dah hampir 100 tahun dan ada juge yang dibeli dari tempat yang jauh. Lesung2 ni macam sama je dgn ape yg ada pada orang lain cuma beza pattern je dan nilai sejarahnye tersendiri. Berapa banyak lesung batu kat rumah korang? hehehe...

'Si Gebu' yang ghaib


KUCING... KUCING.... KUCING.... (takde citer lain ker?)

KUCING kat atas ni ada citer disebalik renungannya. Kucing ni kepunyaan pacik saudara mymom. kira aku panggil atok.. 'atok lip' gelaran antara famili. Selalu gi rumah atok lip ni Ed dapat bermain main dgn kucing tu. Manja sangat dia dgn Ed. selalu menyondol kepalanya kat badan Ed. dorang spt dah malas nak pelihara oleh kerana kesibukan keluarga atok lip. Lupa da nama kucing ni. panggil jelah 'si gebu' Satu hari atok lip berhasrat nak bagi pada kami. Amatlah happy mendengar 'si gebu' ni nak jadi keluarga angkat Ed. Dah suruh mydad ambik kat rumah atok lip tapi mydad asyik sibuk keje dan sering terlupa.

Pendek cerita.. lebih kurang 4 hari kemudian.. Mydad pegi sana nak ambik.. punyalah hampa kerana si gebu hilang tak balik rumah. Biasanya dia ke rumah jiran sebelah je.. pastu adalah dia balik mengiaw.. nak makan ...miaw! miaw! dah carik keliling rumah, jiran2, cuma lum gi repot polis je.. alahaiiii hampanya kami.. hampir nak guna khidmat bomoh atau pawang. dah nasib.. takde rezekilah dgn si gebu ni. Mungkin kerana kegebuannya serta kemanjaannya tue.. maka adalah sipeminat @ perompak cekup. Ed harap 'Si Gebu' bahagia disamping keluarga baru. Walau hatinya tak rela namun dia kena menyesuaikan diri demi kehidupan dan masa depannya. huah!..huah!..huah!.. kenangan bersamanya tak dapat dilupakan.. sekian

Award from My Haengbok


1st May 2009, Edrynna nak ucapkan "Selamat Hari Pekerja" walaupun Ed tak keje tapi kira tolong mymom basuh piring tu kira pekerja juga tu kan.. hehehe.... Kepada mydad & mymom yg kat rumah tu selamat istirehat dan jangan risau saya di rumah wan sue (nenek akulah) sebabnyer saya nak mandi laut. tp tengok keadaan air laut kalau pasang dalam baru bes mandi..

Ed sebenarnya nak ucap timakaci dan ceta ckit pasal Ed dapat 'Award Followers' dari
Kak Fiza (http://myhaengbok.blogspot.com) yang baru je semalam Ed jenguk blognya dah dapat award. bes tul Kak Fiza ni.. Baek hati dan pemurah. hehehe... apa pun award Kak Fiza jadi entri pertama blog saya pada awal Mei ni. Thanx bebanyak... aku suka kawan dan jadi adek angkat korang pasal korang yang friendly dan baek punyer blogger.byeeee.... jumpe lagi dalam entri lain.

Anugerah Blogger Kirana


Anugerah dari Sis. Kirana untuk blog Edrynna... Semoga para blogger bersatu hati dalam pengkaryaan alam blog (kata-kata dipinjam dari mydad) hehehe.. Thanks Sis Kirana..
edrynna@gmail.com

5 lagi telah lahir ke dunia...

Hari ini 27/04/2009 Jam 10:18 pagi, seekor lagi kucing saya (Garfield namanya) telah melahirkan... 5 ekor anak (3 hitam 2 kuning). Nampaknya bertambah lagi koleksi saya. Mydad yang ternampak ia sedang menjilat serta menyusukan baby2nya.. masih lagi berdarah2.. badannya.. geli jua lihat. hehehe beszzzz & sukenyee. aku pun happy semacam je nak pegi sekolah hari ini walau hampir terlewat. Bye...

OFIS BARU..

Dia ni boss kat pejabat tu. Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu. Ye laaa boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni…!! Tiba-tiba pintu pejabat diketuk dari luar. Ah!!. Mesti pelanggan datang ni. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk. Masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x.

Pura-pura kat depan orang yang datang tadi. Orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa. Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi, Errr!… maaflah, sibuk sikit. Maklumlah projek tu projek ni tak boleh nak biar. Kena arrange appointment dengan client. So, boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata…

“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!”

babi?!

Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek.hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tusempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lahtak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slowsikit..!!"

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu punmenjerit balas .. "Celaka!!!!!..Bagerooo...sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuantadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

buah...

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.


Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

AYAT BLAKANG

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

KRETA SEWA

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

APA LA....!

DIALOG 1

Lina : Cuba teka, makan sekali kenyang bertahun-tahun?
Tina : Alah senang je, jawabnya bantal.
Lina : Kalau bersatu kita teguh, bercerai kita....?
Tina : Bercerai kita roboh la!
Lina : Salah tu, kalau bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lagi.!
Tina : Ya tak ya jugak..hehe


DIALOG 2

Pn. Sameon : Kalau tangan kita masuk duri?
Izyan : Cabut duri
Pn. Sameon : Kalau kita sakit gigi?
Izyan : Kita cabut gigi
Pn. Sameon : Kalau kita sakit kepala?
Izyan : Kita cabut kepala
Pn. Sameon : Astaqhfirullah!!

DIALOG 3

Sya : Di antara byk-byk sari, sari apa yang paling famouse?
Mimi : Setahu saya... sari paling famouse sari Nutan & sari Vijayantimala.
Sya : Salah tu..Jawapannya ialah Sarimah.!!
Mimi : arhhhh..!! buat letih aku jer pk...

DIALOG 4

Huda : Tolong, rumah Rohani terbakar!!
Hanis : Saper Bakar?
Bakar : Saya Bakar..
Izza : Knp Ko Bakar?
Bakar : Entah, mak bapak aku yang bg nama.
Huda : Hanis dan Izza bengang!!

DIALOG 5

Piha : Aku tanya, ko jawab, 30 hari?
Farah : satu bulan.
Piha : 60 hari
Farah : 2 bulan
Piha : 9 bulan?
Farah : beranak satu
Piha : pandai la ko..!

teka teki..

Teka-teki: Hitam dan berpeluh..
Jawapan:
semut hitam tengah berjogging..

Teka-teki: Antara kapal terbang dgn kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan:
Kuih lepat liat la..sebab kapal terbang sampai langit, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah..

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Spende??
Jawapan: Spende mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar..

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan:
Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan:
Kerani!

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan:
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: saya ada 6 mata,4 tgn & 9 kaki..
Jawapan: penipuuuu...

Teka-teki: Banyak-banyak buah,buah apa yg bernombor?
Jawapan: buah dadu

Teka-teki: banyak banyak jam,jam apa yg berbau?
Jawapan: jam yg t'kena taikk..

Teka-teki: banyak2 binatang,binatang apa yg berwarna pink?
Jawapan: bnatang yg t'tumpah cat pinkk d bdn dia..!

Teka-teki: suka main PSP?(jawab ya atau tidaK)
Jawapan: atau!!!!

Teka-teki: ada org botak dia ni nak beli semua barang dlm kedai.barang apa yg x di belinya?
Jawapan: kereta ferrrraaarrri,helikopter, & bnda2 yg kdai tu tda jual...

Teka-teki: Ada sorang makcik,dia thn teksi..pas tu, makcik 2 nak byr duit dulu..driver taxi tu xnak,,knp??
Jawapan:sbb..driver tu x nak duit dulu2...

Teka-teki: Binatang apa nama dia ada dua huruf?
Jawapan: udang..(U DAN G)


Teka-teki: 3 ekor ketam campur dgn 2 ekor ketam sama dgn brapa???
Jawapan: ketam mna ada ekor...

sakit mental??

pesakit mental itu memegang sebatang kayu penyapu yang diikat tali pada hujungnya dan dihulurkan pada sebuah baldi berisi air dihadapannya..Pak menteri yang mesra rakyat itu pun menegur pesakit mental tersebut.. "encik... Banyak dapat ikan?" pesakit mental itu menjeling kearahnya dengan selamba menjawab... "Awak gilakah, dalam baldi ni mana ada ikan.." tersipu-sipu pak menteri itu menahan malu...

jeruk

sempena menyambut hari jadi yang ke 25 tahun,semua murid di tahun 6 dahlia bersetuju untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka.

sesudah bersalaman dengan guru kesayangan mereka, cikgu samy, ketua kelas,juki membawa sebuah kotak cantik.

tiba tiba kotak itu mengeluarkan sedikit air."saya dah agak,mesti kamu bawak jeruk,"kata cikgu samy sambil menyentuh titisan air itu dan memasukkan ke dalam mulutnya."masam macam jeruk.bijak la kamu ni."pujinya kepada juki

"errr.. cikgu,sebenarnya saya membawa hadiah seekor anak kucing."kata juki.

"uweeeeeekkk!!!"

banduan...

Seorang bapa yang kecewa kerana anaknya ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan JI, menulis surat kepada anaknya.

Bunyi begini: "Ali, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang nak tolong bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Bapak, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara. Maka keesokan harinya selepas bapanya menerima surat anaknya, datang satu platon tentera .Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut.

Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya. "Ali, setelah bapak terima suratmu, datang satu platon tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak sudah boleh menanam jagung aja, kan sudah dicangkul oleh tentara, dan jangan lupa mengucapkan terima kasih sama mereka." Pihak penjara yang menyensor surat ini terus pengsan.

brita baik 4 abah..


Ajoi : "abah, saya ada berita gembira buat abah!"

Abah : "Wow.. berita gembira apa tu?"

Ajoi : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang abah janjikan kalau saya lulus SPM dengan cemerlang?"

Abah : "Tentu abah ingat."

Ajoi : "Kalau begitu, abah boleh simpan wang itu."

3B


Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

pameran.

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup."

Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya."

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali."

Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak."

Jenet: "Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!"

slalu mengalah.

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini
pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku

reff:
mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku
masih bisa bersamamu

fall 4 u.

The best thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I am trying
I know you’re wearing thin down to the core

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you i’d never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
Ohhhh

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
It’s impossible

So breathe in so deep
Breathe me in
I’m yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep

Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

mat rempit VS nenek..

Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak... Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut. "Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab . "kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!"

sarapan pagi.

Jenet adalah seorang guru sekolah rendah di salah sebuah sekolah. Pada pagi itu dia cuba menegur seorang anak muridnya iaitu Fasha.

Cikgu Jenet : "Fasha, Dari penilaiaan cikgu, Fasha tidak gosok gigi dan mandi pagi tadi.

Fasha :.Cuba cikgu buktikan.

Cikgu Jenet : Dari gigi Fasha juga cikgu boleh tahu apa yang Fasha makan ketika sarapan pagi tadi "

Fasha : "Tekalah apa yang saya makan ketika sarapan pagi tadi, cikgu? "

Cikgu Jenet : " Dari warna kuning kekuningan, pasti Fasha makan telor ketika sarapan pagi tadi "

Fasha : " Salah...Telor saya makan dua hari lepas "

padan muka!!!!!!

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda : Kenapa pak imam marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Moral:Amik kau pnampar!!


memang kejaaam!!

Tiga orang lelaki bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam diantara mereka.

Lelaki pertama memukul se0rang wanita dengan kuat sehingga keluar darah dari hidung dan mulut.Akhirnya wanita itu pengsan kerana kesakitan..

Lelaki 1:haha,kejam tak aku?kejam tak...?
Lelaki 2:ek eleh,aku lagi kejam tau tak..k0rang tengok betapa kejamnya aku...

Lelaki kedua mencekik wanita tadi sehingga mukanya btukar menjadi biru.akhirnya dia membunuh wanita tersebut dengan kejam!

Lelaki 1:haha, kau memang kejam giler! hahaha....
Lelaki 2:wakakaka,.kan aku dh kata, aku yang paling kejam..
Lelaki 3:eleh,aku lagi kejam dari k0rang berdua lar...
Lelaki 1 dn 2:apa, kau lagi kejam.?
Lelaki 3:ya, aku lah yang paling kejam..

Aku sebenarnya adalah abang kepada wanita tadi..
aku hanya membiarkan sahaja adik kandung aku dibelasah,
dicekik dan dibunuh di depan mata aku sendiri tanpa berbuat apa-apa.... hahahahahaha... jadi, akulah yang paling kejam daripada korang berdua... muahahahahahaha..

lupa..

Ketika Rizal sedang melamun di depan dewan bersalin tiba-tiba Rizal melihat seorang lelaki dengan tergesa-gesa dan terburu-buru meluru masuk ke dewan bersalin,dan beberapa ketika kemudian Rizal ternampak lelaki itu keluar ditolak dengan kurusi roda oleh seorang jururawat kerana pengsan. Rizal hairan melihat lelaki tersebut. Kerana ingin mengetahui apa yang terjadi, Rizal terus berjumpa dengan jururawat yang ada di dewan bersalin. Rizal bertanya,"Misi,boleh saya tahu kenapa dengan lelaki yang baru datang tadi dan mengapa tiba-tiba dia pengsan?" dengan tenang jururawat itu menjawab,"Oh. Dia terburu-buru datang kesini kerana isterinya sudah hendak bersalin, tetapi dia terlupa sesuatu," "Lupa apa, cik Misi?" tanya Rizal lagi. "Dia lupa membawa isterinya kesini"

beruk!

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

cegu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk Zerostyle?
cegu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam&Dol : Sama cikgu!!
cegu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam&Dol : Sama jugak cegu..
cegu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam&Dol : Paham cegu........
Sam : Tapi,,kenapa tangan, mata, hidung dan telinga cegu sama macam kami?

sah?

Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahny,tok kadi pn bertny pd wali & 2 saksi pengantin:

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali)
Wali : Sah tok…
Tok kadi : Saksi ,sah?
Saksi : Sah..sah
Tok kadi : sah?(sambil melihat saksi 2)
Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop... emmm, pitching dia lari sikit, pengantin ni tak menghayati dengan baik… punchline tak sampai.. orang tertunggu2 mane tp xde… lagi 1 rupa ada tp klu suara tak bgs xguna gak.. cuba skali lg k..nice try…
Tok kadi : tuuut tuuut tuuuut...........(engage)

utusan untuk emperor

"Ampun Emperor, beribu-ribu ampun, sembah hamba harap diampun"

"Ke hadapan menghadap depan Emperor Lelouch dan bukannya tepi mahupun di belakang".

"Hamba selaku utusan wakil kerajaan Azroq yang gagah lagi perkasa lagi hensem, menasihatkan agar adalah lebih baik sekiranya pihak emperor lelouch menyerang negara ISRAEL (is not real) daripada menyerang sesama sendiri."

"Sudah jelas kekuatan emperor lelouch yang menyerlah sudah turut mampu mengalahkan sekutunya seperti AMERIKA. Apatah lg dengan adanya pembantu yg genius spt Science, maka senjata yg canggih dpt dicipta bg melemahkan kekuatan mereka.

"Bersama dengan hamba, kerajan kami menghulurkan 7 dulang bantuan kewangan melalui sms dan akaun bank, 7 dulang pakaian (sumbangan dermawan rakyat), 7 dulang set perubatan dan 7 dulang produk makanan halal. Diharap pihak tuan dapat menerimanya dengan seikhlas hati, seikhlas dari kerajaan kami yang memberi"

"Sekian, hamba yang menurut perintah. Majulah Sukan Untuk Negara."

Laungkan...

ALLAHU AKBAR!

lawak pendek

B.I
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Kau Tau Siapa AKU??
Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, kau tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan kau tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

fakta-fakta lucu

1. Coca-cola pada masa dulu berwarna hijau.

2. Nama yang paling umum digunakan di dunia adalah Mohammed.

3. Dalam bahasa inggris, semua nama benua diawali dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.

4. Otot terkuat yang ada di badan kita adalah lidah.

5. Setiap orang di USA punya 2 kad kredit!

6. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang dapat ditaip dalam satu baris tuts keyboard anda.

7. Perempuan mengerlip mata dua kali lebih banyak daripada laki-laki.

8. Menahan nafas tidak akan membuat anda mati.

9. Setiap manusia tidak dapat menjilat siku tangannya sendiri.

10. Kalau ada orang mengucapkan doa setiap kali ada yang bersin dan kerana itu jua setiap kali kau bersin, jantungmu berhenti satu saat.

11. Secara fizik, setiap babi tidak boleh melihat ke langit.

12. Ucapkan “sixth sick sheik’s sixth sheep’s sick” beberapa kali, nanti anda akan mahir berbahasa inggris!

13. Bersin terlalu keras dapat memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan mengakibatkan kematian.

14. Setiap raja dalam kad terup melambangkan raja-raja besar zaman dahulu kala:
Raja sekop - Raja Daud
Raja keriting - Alexander Agung
Raja hati - Raja Charlemagne
Raja wajik - Julius Caesar

15. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987, 654,321

16. Kalau ada patung orang naik kuda dan dua kaki depan kuda itu naik di udara, itu tandanya orang itu mati dalam perang.

17. Kalau kaki kudanya cuma satu yang diangkat berarti orang itu cuma terluka dalam perang.

18. Kalau semua kaki kudanya menjejak tanah, berarti orang itu meninggal kerana sakit.

19. Apa persamaan rompi anti peluru, printer laser, tangga darurat dan pengilap cermin kereta? Jawabannya: semua ditemukan oleh perempuan! Hah!

20. Satu-satunya makanan yang tidak boleh basi adalah madu.

21. Buaya tidak bole mnjelir lidah.

22. Siput bole tidur selama 3 tahun.

23. Semua beruang kutub KIDAL!

24. American Airlines menghemat $40,000 tahun 1987 dengan cara mengurangi 1 buah olive dari setiap piring salad yang mereka sajikan untuk penumpang kelas 1.

25. Indera perasa kupu-kupu ada di kaki.

26. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak bole mlompat.

27. Selama 4000 tahun belakangan ini, jenis haiwan yang dipelihara di rumah cuma itu-itu saja.

28. Rata-rata manusia lebih takut pada laba-laba daripada kematian.

29. Shakespeare menemukan kata: “Assassination” dan “bump”

30. Dengan menggunakan cara mengetik 10 jari, STEWARDESSES adalah kata terpanjang yang bisa diketik hanya dengan jari-jari tangan kiri.

31. Semut selalu jatuh ke kanan setiap kali disemprot cairan anti hama

32. Kursi listrik ditemukan oleh seorang dokter gigi.

33. Jantung manusia dapat menyemprotkan darah sejauh 30 kaki.

34. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus bisa punya lebih dari sejuta anak tikus!

35. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteri dalam telinga sebanyak 700 kali lipat!

36. Pemantik ditemukan sebelum korek api.

37. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

38. Seperti sidik jari, lidah manusia pun mempunyai kontur yang berbeza-beza.

39. 99% orang yang membaca tulisan ini mencuba mengalikan fakta no. 15

40. Dan akhirnya, 99% orang yang baca tulisan ini pasti mencuba menjilat siku tangannya,

toilet

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri… Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. “Dah… dia buat dah perangai lama… Awat hang kencin dlm peti ais…???

nama jepun

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WASUKAH URUARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAE AKOSKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

tips2 terbaik...

CARA2 MENJWB SOALAN BODO

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye”

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan
aku bergerak sendiri”

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
“Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?”

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie…opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
“Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
“Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X…ko
tunggu jap nanti otromen kuar”

CARA2 MENG COVER

.1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...